Apabila anda membawa anak anda di dalam kereta,
adalah penting untuk mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan ini dari mula
mereka naik hinggalah mereka melangkah keluar dari kereta.
Anak
anda mesti masuk dan keluar kereta melalui pintu yang selamat iaitu pintu yang
tidak menghadap lalu lintas dan bersebelahan dengan bendul jalan.
Anak
anda perlu menunggu pintu kenderaan dibuka untuknya sebelum ia melangkah masuk
atau keluar. Pastikan tangan dan kakinya tidak berada di pintu sebelum anda
menutupnya.
Kanak-kanak
perlu duduk di kerusi belakang kerana ia dapat mengurangkan risiko kecederaan
sekiranya berlaku kemalangan.
Anak
anda perlu sentiasa memakai tali pinggang keledar yang dikancing secara
pepenjuru merentas dada. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, adalah lebih baik
menggunakan tempat duduk penggalas untuk memastikan bahawa tali pinggang
keledar itu dapat dipasang dengan selamat.
Sentiasa
ingatkan anak anda supaya jangan sekali-kali meletakkan mana-mana bahagian
anggotanya di luar tingkap sesebuah kereta walaupun kereta tersebut tidak
bergerak.
Kanak-kanak
mempunyai kecenderungan untuk meluru keluar dari kereta sebaik sahaja ia
berhenti dan ini amat berbahaya. Ia dapat dielakkan dengan memasang kunci
keselamatan kanak-kanak yang terdapat pada pintu kereta.
Selepas
keluar, anak anda perlu menunggu di atas bendul jalan sehingga seorang dewasa
memimpin tangannya.
Posts: 1
Reply #1 on : Wed October 15, 2008, 11:03:46