Laman Utama » Pemandu Kereta » Kerusi Keselamatan

Kerusi Keselamatan

Jadual berikut memberikan anda idea tentang jenis-jenis kerusi keselamatan yang sesuai dengan kumpulan umur bayi anda dan bagaimana untuk menggunakannya dengan betul. Ingat, berbelanja membeli tempat duduk yang menepati piawaian keselamatan adalah satu langkah yang bijak dan dapatkan seorang yang terlatih untuk menunjukkan cara memasang kerusi dengan mengikut arahan-arahan yang telah ditetapkan.
UMUR/BERAT BAYI
JENIS TEMPAT DUDUK KESELAMATN KERETA & DI MANA HENDAK MEMASANGNYA
Bayi baru lahir hingga umur hampir 1 tahun, berat sehingga 9 kg, tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul

Kerusi Keselamatan Bayi
1 Kerusi menghadap ke belakang
2 Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar
9 bulan hingga hampir 4 tahun, berat di antara 9 hingga 18kg

Kerusi Keselamatan Kanak-kanak
1 Kerusi menghadap ke hadapan
2 Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar
4 hingga 11 tahun, berat antara 15kg hingga 36kg

Kerusi Keselamatan Bayi
1 Tempat duduk menghadap ke hadapan
2 Tempat duduk pengalas direka khas untuk kanak-kanak supaya tali pinggang orang dewasa dapat digunakan merentasi dada dan pinggul mereka dengan selamat
3 Mesti dipasang di kerusi belakang dengan tali pinggang keledar

JANGAN memasang kerusi keselamatan kereta di tempat duduk penumpang depan

JANGAN mengubah suai kerusi keselamatan atau tali pinggang keledar

 

Undilah bacaan ini
  • Currently3.00416666667/5 Stars
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Jumlah undian : 960

Mohd Faiz bin Amri
Posts: 3
Comment
Tempat duduk bayi dalam kereta
Reply #4 on : Fri September 19, 2008, 20:56:24
undang2 seharusnya mewajibkan pengunaan tempat duduk bayi di dlam kereta mestilah di tematkan pada kerusi belakang, ini kerana bayi mungkin akan mengalami kecederaan yg teruk skiranya berlaku kemalangan. Di sini ingin sya jelaskan bahawa kebanyakan knderaan kini mempunyai sistem beg udara di bahagian hadapan, dan apabila kemalangan berlaku kebanyakan tempat duduk bayi yg ditempatkan dihadapan akan terkena hentakan/tolakan dari beg udara tersebut yg mengakibatkan tempat duduk bayi itu terpelanting/tercampak yang akan mengakibatkan kecederaan serius atau kematian. Selain itu, serpihan cermin hadapan juga boleh mndatangkan kecederaan pada bayi tersebut. Ingatlah, jangan disebabkan kejahilan kita, orang lain yg menerima padahnya. Terima Kasih, dan harap info ini dapat membantu anda.
Lina Mahmud
Posts: 3
Comment
Tempat duduk bayi dalam kereta
Reply #3 on : Mon September 01, 2008, 10:50:30
Ingin saya mencelah, tiada undang undang khusus mengatakan ianya MESTI berada/dipasang ditempat duduk belakang dan bukan depan. TETAPI kalau kita rujuk pada manual kenderaan yang kita beli, ada panduan yang mewajibkan tempat duduk bayi dipasang di belakang kereta dan bukan di bahagian depan iaitu di sebelah tempat duduk pemandu. Malah posisi pemasangan tempat duduk juga diwajib mengadap ke hadapan dan bukan membelakang.
Harap info membantu :-)
admin
Posts: 1
Comment
Keselamatan Patut Diutamakan, bukan takut kena saman!
Reply #2 on : Fri June 20, 2008, 14:02:53
Saman atau tidak, artikel ini memberi nasihat yg baik. Sepatutnya sebagai ibu bapa, keselamatan anak anak kecil harus diutamakan.
Tan Theen Choy
Posts: 3
Comment
Tempat duduk bayi dalam kereta
Reply #1 on : Wed May 14, 2008, 19:00:11
Adakah undang-undang di malaysia mempastikan tempat duduk bayi mesti terletak di balakang tempat duduk dalam kereta? Saya tak dapat cari informasi atau undang-undang tersebut selain ia merupakan satu cadangan supaya tempat duduk bayi patut terletak di belakang. Bolehkah polis saman jika tempat duduk bayi terletak di hapadan? Terima kasih.

Ulasan anda

Ruang yang bertanda * adalah wajib.

Tips

  • Anak anda mesti masuk dan keluar kereta melalui pintu yang selamat iaitu pintu yang tidak menghadap lalu lintas dan bersebelahan dengan bendul jalan.
  • Gunakan laluan berbasikal yang disediakan.
  • Patuhi lampu isyarat. Lambat beberapa saat tidak akan melambatkan kamu. Sesungguhnya kemalangan pasti melengahkan masa anda!
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun hendaklah diawasi oleh orang dewasa ketika melintas jalan raya.
  • Gunakan pintu keluar / masuk yang disediakan untuk turun atau naik ke dalam bas.

Pautan Relevan

Penjelasan Terhadap Permakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang
Lebih Lanjut

Pasangkan tali pinggang keledar, walaupun duduk di belakang
Lebih Lanjut

Kawasan Kemalangan Kuala Lumpur
Lebih Lanjut

Jangan Meninggalkan Anak Anda Di Tempat Duduk Keselamatan Tanpa Pengawasan
Lebih Lanjut

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Bermula Dari Kandungan Ibu
Lebih Lanjut

Pengambilan Alkohol/Dadah
Lebih Lanjut

Memandu Semberono
Lebih Lanjut

Pemotong 'Q' : Kurang sabar & kurang ajar
Lebih Lanjut

Jangan ekori kenderaan depan
Lebih Lanjut

Jangan memonopoli jalan
Lebih Lanjut

Garis Panduan Pengguna Jalan Raya Dalam Situasi Jerebu
Lebih Lanjut

Berjaga-jaga boleh membantu anda menyelamatkan anak anda
Lebih Lanjut

Keselamatan Dalam Kereta
Lebih Lanjut

Kerusi Keselamatan
Lebih Lanjut

8 Petua Keselamatan Jalan Raya
Lebih Lanjut