Laman Utama » Pemandu Kereta » Jangan memonopoli jalan

Jangan memonopoli jalan

Pembolot jalan ditakrifkan sebagai mereka yang menggunakan lorong laju sambil menghalang kelancaran perjalanan kereta di belakang.

Pembolot jalan akan menyebabkan pemandu lain hilang sabar, dan mereka mungkin bertindak melulu ataupun cuba memotong jalan secara merbahaya.

Ramai orang tidak sedar mereka memboloti jalan. Mereka tidak sedar betapa bahayanya perbuatan sebegini.

Jika anda tidak memandu dengan laju ataupun tidak memotong, sila gunakan lorong kiri. Jika anda di lorong kanan, dan kereta di belakang menghampiri anda, maka anda harus beralih ke lorong lain untuk memberi laluan.

Bersopan di jalan raya dan perjalanan menjadi lebih lancar. Ikut kiri jika tidak memotong.

Undilah bacaan ini
  • Currently2.99160493827/5 Stars
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Jumlah undian : 2025

Khairi
Posts: 9
Comment
Re: Jangan memonopoli jalan
Reply #5 on : Thu February 05, 2009, 16:11:58
Pada pendapat saya, adalah kurang wajar pemandu menghalang laluan dilorong kanan walaupun telah memandu laju pada 110km/j. Utamakan keselamatan bukan menegakkan kebenaran dijalanraya. Beri laluan kepada pemandu laju dilorong kanan tanpa mengira kelajuan mereka memandu demi keselamatan bersama.
azuan
Posts: 9
Comment
Jangan memonopoli jalan
Reply #4 on : Wed December 10, 2008, 10:37:00
Pada pandangan saya, kalau keadaan tu boleh membahayakan kita, lebih baik kita bagi je dia pergi jauh-jauh, x pasal-pasal kita plak jadi mangsa dia nanti.Kalau dia nak mati dgn lebih cepat, bagi je laluan. kita kekalkan kelajuan kita. pandu cermat jiwa selamat.
Bariah
Posts: 9
Comment
Jangan memonopoli jalan
Reply #3 on : Sat December 06, 2008, 00:24:14
Masalahnya saya sudah memandu 110km/s disebelah kanan untuk memotong kenderaan tetapi kenderaan dibelakang saya memberi lampu seperti orang tidak siuman dan tak sabar hendak memotong. Saya jangkakan dia memandu tidak kurang dari 150km/s, perlukah kita memberi laluan kepadanya? Had laju lebuhraya ialah 110km/s.
Saiful
Posts: 9
Comment
Jangan Memonopoli Jalan
Reply #2 on : Thu June 19, 2008, 22:19:09
Kekadang pemandu di lorong laju juga harus prihatin dengan pemandu yang memandu agak kurang laju di lorong laju, tatkala mereka sedang menggunakan lorong tersebut untuk memotong kenderaan lain yang perlahan di lorong kiri. Jadi bertimbang rasa dan sabar. plan your journey and work your plan
Noraziah Yusuf
Posts: 9
Comment
Jangan memonopoli jalan
Reply #1 on : Fri June 06, 2008, 15:01:25
Ramai pemandu kurang sedar tentang lorong laju. Ramai berdegil apabila ada kenderaan memainkan lampu utk. minta laluan. Kejadian biasanya di lebuhraya Seremban KL. Peguatkuasa diharap memantau sikap pemandu2 demi kebaikan semua pengguna.

Ulasan anda

Ruang yang bertanda * adalah wajib.

Tips

  • Memerhatikan had kelajuan.
  • Sentiasa menggunakan topi keledar yang sesuai dan juga gear yang betul.
  • Gunakan laluan kiri ketika tidak memotong dan ke kanan sekiranya hendak memotong.
  • Berjalan dengan menggunakan laluan pejalan kaki dan melawan arus jalan raya (supaya dapat melihat kenderaan yang datang).
  • Sentiasa menunggu sehingga bas betul-betul berhenti sebelum turun atau naik bas.

Pautan Relevan

Penjelasan Terhadap Permakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang
Lebih Lanjut

Pasangkan tali pinggang keledar, walaupun duduk di belakang
Lebih Lanjut

Kawasan Kemalangan Kuala Lumpur
Lebih Lanjut

Jangan Meninggalkan Anak Anda Di Tempat Duduk Keselamatan Tanpa Pengawasan
Lebih Lanjut

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Bermula Dari Kandungan Ibu
Lebih Lanjut

Pengambilan Alkohol/Dadah
Lebih Lanjut

Memandu Semberono
Lebih Lanjut

Pemotong 'Q' : Kurang sabar & kurang ajar
Lebih Lanjut

Jangan ekori kenderaan depan
Lebih Lanjut

Jangan memonopoli jalan
Lebih Lanjut

Garis Panduan Pengguna Jalan Raya Dalam Situasi Jerebu
Lebih Lanjut

Berjaga-jaga boleh membantu anda menyelamatkan anak anda
Lebih Lanjut

Keselamatan Dalam Kereta
Lebih Lanjut

Kerusi Keselamatan
Lebih Lanjut

8 Petua Keselamatan Jalan Raya
Lebih Lanjut

Viagra Pills | Levitra | Cialis | Viagra Online | Tramadol | viagra online