Laman Utama » Pemandu Kereta » Pasangkan tali pinggang keledar, walaupun duduk di belakang

Pasangkan tali pinggang keledar, walaupun duduk di belakang

Tahukah anda, dalam kemalangan yang melibatkan kereta, luka yang paling parah dialami adalah mereka yang duduk di belakang?

Ini kerana hentaman pelanggaran akan menjunamkan penumpang yang duduk di belakang kereta ke tempat duduk depan.

Hentaman daripada keberatan seseorang penumpang di belakang begitu kuat, ia berupaya menolak mereka yang duduk di depan hinggakan terlanggar papan pemuka kereta.

Inilah bukti betapa pentingnya tali pinggang keledar belakang - kerana ia berupaya melindungi anda dari tercedera, dan juga orang lain.

Jika anda fikir hanya penumpang depan sahaja diwajibkan memasang tali pinggang keledar, cuba fikir sekali lagi. Pastikan tali pinggang keledar digunakan oleh penumpang di belakang kereta.

Untuk penjelasan tentang pemakaian tali pinggang keledar belakang sila layari:
Penjelasan Terhadap Permakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang
http://www.panducermat.org.my/news-Hanya-tiga-penumpang-belakang-wajib-pakai-tali-pinggang.html
http://www.panducermat.org.my/news-Tiada-kos-pasang-tali-pinggang-keledar.html
http://www.panducermat.org.my/news-Three-years-seatbelt-ruling.html

Undilah bacaan ini
  • Currently2.98450613299/5 Stars
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Jumlah undian : 1549

Showing comments 1 to 10 of 17 | Next | Last
ahmedzainal
Posts: 16
Comment
sokong 150%
Reply #17 on : Thu May 21, 2009, 03:42:37
sy sokong peraturan pemakaian tali pinggang blkg.. org yg tak sygkan nyawa je.. byk alasan & byk songeh.. sbg manusia yg bertamadun.. patuhilah peraturan sbb pihak berwajib dah buat kajian kepentingannya dari segi keperluan yg sgt mendesak...
Lee
Posts: 16
Comment
Installation Rear Seat Belt Period
Reply #16 on : Mon December 15, 2008, 17:29:47
Dear All Drivers,

Pls read & understand JKJR memo issued.
Rear seat passenger is compulsary to wear the seat belt for those vehcile that have been install the Rear seat belt by 1/1/09. If not summon will be issued.

For those vehicle that have yet to install the rear seat belt, goverment is giving 3 year of grace period to install, which is by year 2011 all vehicle should have the rear seat belt install.

Pls do not worry that all the automotive industry is inviting you to install the seat belt by appointment after 1/1/09 as you still have 3 more years to go.

TQ
Sham
Posts: 16
Comment
Tali Pinggang Keledar
Reply #15 on : Tue December 09, 2008, 13:19:35
Apa yang saya ketahui,penguatkuasaan talipinggang keledar bermula pada Jan2009. Saya telah menghubungi pihak perodua dan membuat temujanji utntuk memasang talipinggang keledar tetapi pihak perodua mengatakan paling awal untuk membuat pemasangan talipinggang belakang adalah bulan Feb2009. So macamana jika bulan 1 penumpag tak pakai tali pinggang keledar, sebab hanya paling awal bulan 2 dapat buat pemasangan???

*****************
Admin: Sila baca laman http://jomklik.panducermat.org.my untuk tempoh pengecualian.
Last Edit: December 09, 2008, 13:26:30 by admin  
mesoul
Posts: 16
Comment
Tali Pinggang Belakang
Reply #14 on : Wed December 03, 2008, 09:41:09
Saya tidak bersetuju dengan undang-undang ini. Bagaimana harus saya memaksa anak kecil (2 & 5 Tahun) saya untuk memakai talipinggang? Haruskah saya menghalau dari menaiki kereta sesiapa saja yang menolak untuk memakainya termasuk orang tua/anak saya/ atau sesiapa saja yang degil? Lebih baik di wajibkan penunggang motor memakai sut lumba kerana mereka lebih ramai yang mati mengikut statistik. Sepatutnya ia menjadi galakan dan bukan menjadi wajib. Adakah menaiki teksi lebih selamat tanpa memakai talipinggang? Diharap pihak penggubal undang-undang lebih memikirkan praktikal dan bukan cuba mencari ruang untuk menambahkan pendapatan melalui saman dan bukan tangkap muat (janji nampak macam buat kerja).

***************************
Diharap tuan bersabar. Utk anak kecil, mereka harus mengunakan kerusi keselamatan dan tidak boleh menggunakan tali pinggang keledar biasa yg diguna oleh orang dewasa.

Tiada siapa yg dapat meneka bila akan berlaku kemalangan, dan tidak siapa yg tahu dirinya akan bertembung dengan kemalangan. Adalah tanggungjawab tuan sebagai pemandu untuk prihatin ke atas keselamatan mereka yg duduk di dalam kereta tuan.
Last Edit: December 04, 2008, 15:01:12 by admin  
Sham
Posts: 16
Comment
talipinggang keledar
Reply #13 on : Mon November 17, 2008, 14:05:27
pada pendapat saya, talipinggang keledar belakang tidak sesuai. Apabila penumpang lebih 3 org macamana? Secara logik, adakah penunggang motosikal akan juga pakai tali penggang keledar kerana mereka lebih senang tercampak jika berlaku insiden? Kalau dari segi risiko, penumpang belakang kereta yg tak pakai talipinggang keledar lebih seamat daripada penunggang motorsikal. Begitu juga penumpang keratapi, bas adakah perlu ini semua? Sedangkan penumpang kapalterbang hanya diwajibkan pakai talipinggang keledar sewaktu bertolak dan mendarat. Fikir-fikirkanlah.

*******************
Tuan Sham,

Untuk keretapi, bas dan kenderaan komersil, undang-undang tali pinggang keledar akan diperkenalkan secara berperingkat peringkat.

Untuk kenderaan ringan, jika spesifikasi ditetapkan sebagai kenderaan 5 penumpang, anda sepatutnya tidak boleh lebih muatan.
Last Edit: November 18, 2008, 11:56:58 by admin  
Osman Bin Mohamad
Posts: 16
Comment
pertanyaan
Reply #12 on : Thu September 18, 2008, 14:18:37
Saya menggunakan kereta NISSAN SUNNY kerajaan dah tubuhkan memasang tali pinggang belakang percuma ke??? Dimana??? Saya kekurangan modal klu berlebihan saya akan menggunakan kereta lain nak buat sendiri seperti saya nyatakan tadi la KURANG MODAL.

admin:
Untuk sebarang kemusykilan samada kenderaan anda wajib dipasang dgn tali pinggang keledar belakang, rujuk pada artikel ini:

http://www.panducermat.org.my/penjelesaan-tali-pinggang-keledar-belakang-kereta.html
Last Edit: September 22, 2008, 15:06:49 by admin  
admin
Posts: 2
Comment
Kepada Saudara KN
Reply #11 on : Thu August 07, 2008, 12:15:22
Saudara KN, anda tidak memberikan emel yg sahih, jadi kami tidak dapat menghantar statistik yg relevan dari pihak MIROS kepada anda.

Untuk kemudahan orang ramai, pihak JKJR akan menpaparkan laporan ini dalam masa akan datang.

Pemakaian tali pinggang keledar bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat tetapi demi keselamatan rakyat sendiri. Keputusan di tangan anda dan malang tidak berbau.
intan
Posts: 16
Comment
maximum seat.
Reply #10 on : Mon August 04, 2008, 14:14:25
umm,kalau ada lebih dari 3 orang dlm seat blakang cam ne? kena saman gak ke? x adil tu..

admin reply:
Intan, Sila rujuk ke artikel ini:
http://www.panducermat.org.my/news-Hanya-tiga-penumpang-belakang-wajib-pakai-tali-pinggang.html
Last Edit: August 07, 2008, 12:06:55 by admin  
malik
Posts: 16
Comment
tali pinggang belakang
Reply #9 on : Tue July 29, 2008, 17:12:18
askum,sy mempunyai anak yang berusia 1 bulan lebih.bagaimana isteri sy hendak memegang serta menyusukan anak sy jika terpaksa memakai tali pinggang belakang.penggunaan tali pinggang belakang ini pd sy akan menyusahkan.terima kasih.

Admin reply:
Saudara Malik,
Sepatutnya, saudara perlu menghentikan kereta di tempat selamat untuk membolehkan isteri untuk menyusukan anak. Bila kemalangan berlaku, samada dilanggar atau saudara yang melanggar, anak saudara paling berisiko tercedera jika tidak diikat dalam kerusi keselamatan untuk anak kecil.
Last Edit: August 07, 2008, 12:10:22 by admin  
K.N.
Posts: 16
Comment
statistik
Reply #8 on : Mon July 28, 2008, 23:31:59
"Tahukah anda, dalam kemalangan yang melibatkan kereta, luka yang paling parah dialami adalah mereka yang duduk di belakang?

Ini kerana hentaman pelanggaran akan menjunamkan penumpang yang duduk di belakang kereta ke tempat duduk depan.

Hentaman daripada keberatan seseorang penumpang di belakang begitu kuat, ia berupaya menolak mereka yang duduk di depan hinggakan terlanggar papan pemuka kereta."

di manakah statistik yang menyokong pernyataan ini? berapa ramai yang cedera atau mati setiap tahun disebabkan keadaan ini? peratus2? saya rasa rakyat malaysia perlu tahu perkara ini. saya tidak mahu mengandaikan perkara2 seperti ini ditentukan oleh pihak berkuasa berdasarkan pernyataan2 umum yang tidak dikukuhkan dengan data2 dan statistik2 yang berkenaan

Ulasan anda

Ruang yang bertanda * adalah wajib.

Tips

  • Memerhatikan had kelajuan.
  • Pastikan basikal anda berada di dalam keadaan yang baik dan lengkap dengan pemantul cahaya depan dan belakang.
  • Gunakan topi keledar dan baju pemantul yang dikhaskan untuk kanak-kanak kepada anak anda.
  • Gunakan kemudahan pejalan kaki untuk melintas ke seberang jalan dengan selamat.
  • Sentiasa beratur ketika hendak turun atau naik bas.

Pautan Relevan

Penjelasan Terhadap Permakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang
Lebih Lanjut

Pasangkan tali pinggang keledar, walaupun duduk di belakang
Lebih Lanjut

Kawasan Kemalangan Kuala Lumpur
Lebih Lanjut

Jangan Meninggalkan Anak Anda Di Tempat Duduk Keselamatan Tanpa Pengawasan
Lebih Lanjut

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Bermula Dari Kandungan Ibu
Lebih Lanjut

Pengambilan Alkohol/Dadah
Lebih Lanjut

Memandu Semberono
Lebih Lanjut

Pemotong 'Q' : Kurang sabar & kurang ajar
Lebih Lanjut

Jangan ekori kenderaan depan
Lebih Lanjut

Jangan memonopoli jalan
Lebih Lanjut

Garis Panduan Pengguna Jalan Raya Dalam Situasi Jerebu
Lebih Lanjut

Berjaga-jaga boleh membantu anda menyelamatkan anak anda
Lebih Lanjut

Keselamatan Dalam Kereta
Lebih Lanjut

Kerusi Keselamatan
Lebih Lanjut

8 Petua Keselamatan Jalan Raya
Lebih Lanjut