Laman Utama » Pemandu Kereta » Garis Panduan Pengguna Jalan Raya Dalam Situasi Jerebu

Garis Panduan Pengguna Jalan Raya Dalam Situasi Jerebu

1. Pasangkan lampu

Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa.

Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan keadaan.

2. Kurangkan kelajuan

Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan.

3. Jaga jarak antara kenderaan

Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.

4. Jangan berhenti di tepi jalan

Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan.

5. Berhati-hati apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan

Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan.

6. Kenderaan rosak

Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera.

7. Warga emas

Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan jerebu.

8. Pengumuman trafik di radio dan paparan iklan elektronik

Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan trafik di kawasan yang dilalui.

9. Peringatan khas untuk pengguna motosikal

Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai penutup muka.

10. Peringatan kepada pengguna motokar

Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.

 

Undilah bacaan ini
  • Currently3.00616990982/5 Stars
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Jumlah undian : 2107

Ulasan anda

Ruang yang bertanda * adalah wajib.

Tips

  • Gunakan lorong yang betul dan beri isyarat lampu ketika hendak menukar lorong.
  • Pastikan basikal anda berada di dalam keadaan yang baik dan lengkap dengan pemantul cahaya depan dan belakang.
  • Patuhi lampu isyarat. Lambat beberapa saat tidak akan melambatkan kamu. Sesungguhnya kemalangan pasti melengahkan masa anda!
  • Amalkan lima langkah untuk melintas dengan selamat.
  • Sentiasa menunggu sehingga bas betul-betul berhenti sebelum turun atau naik bas.

Pautan Relevan

Penjelasan Terhadap Permakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang
Lebih Lanjut

Pasangkan tali pinggang keledar, walaupun duduk di belakang
Lebih Lanjut

Kawasan Kemalangan Kuala Lumpur
Lebih Lanjut

Jangan Meninggalkan Anak Anda Di Tempat Duduk Keselamatan Tanpa Pengawasan
Lebih Lanjut

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Bermula Dari Kandungan Ibu
Lebih Lanjut

Pengambilan Alkohol/Dadah
Lebih Lanjut

Memandu Semberono
Lebih Lanjut

Pemotong 'Q' : Kurang sabar & kurang ajar
Lebih Lanjut

Jangan ekori kenderaan depan
Lebih Lanjut

Jangan memonopoli jalan
Lebih Lanjut

Garis Panduan Pengguna Jalan Raya Dalam Situasi Jerebu
Lebih Lanjut

Berjaga-jaga boleh membantu anda menyelamatkan anak anda
Lebih Lanjut

Keselamatan Dalam Kereta
Lebih Lanjut

Kerusi Keselamatan
Lebih Lanjut

8 Petua Keselamatan Jalan Raya
Lebih Lanjut

Viagra Pills | Levitra | Cialis | Viagra Online | Tramadol | viagra online