AADK giat periksa pemandu guna dadah

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pemandu bas ekspres dan lori dikesan menggunakan dadah sintetik ATS (Amphetamine-Type Stimulants) yang mudah didapati dan murah untuk mengelak mengantuk, selain memberi tenaga tambahan ketika memandu. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata mereka memerlukan dadah sintetik itu untuk memastikan dapat tiba ke destinasi seperti ditetapkan. Sempena Ops Sikap XIII,...

Read More

Pelajar maut digilis bas

KUALA SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas digilis sebuah bas yang sedang bergerak ketika cuba menaikinya sebelum terjatuh di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Tanjung di sini, petang kelmarin. Pelajar perempuan terbabit, Law Qiu Yi, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas digilis tayar depan bas itu. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Qiu Yi dikatakan terlewat untuk...

Read More

Ops Sikap XIII: Bas rosak brek dilarang terus perjalanan

TAIPING: Bas ekspres dan tambahan mengalami kerosakan brek atau tayar tidak akan dibenarkan meninggalkan terminal sepanjang Ops Sikap XIII, walaupun ia boleh mendatangkan kesusahan kepada penumpang yang sudah memiliki tiket untuk pulang berhari raya. Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan, berkata dalam pemeriksaan dikendalikan di semua 30 terminal bas utama di seluruh negara, JPJ hanya akan memberi dua...

Read More

Ops Sikap XIII: Polis serah 29 saman atas bas

KUALA LUMPUR: Polis trafik yang menyamar sebagai penumpang sudah mengeluarkan 29 saman terhadap pemandu bas ekspres atas pelbagai kesalahan jalan raya sejak Ops Sikap XIII, bermula Ahad lalu. Semua saman itu membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar dan memasuki lorong kecemasan, diserahkan oleh �penumpang polis� kepada pemandu sebaik bas tiba ke destinasi. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior...

Read More

14 lagi terbunuh hari kedua

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kematian dilaporkan pada hari kedua Ops Sikap XIII, menjadikan jumlah mereka yang maut kepada 34 orang. Daripada jumlah itu, penunggang motosikal masih menjadi mangsa terbesar dengan tujuh kematian, pemandu kereta (3), penumpang kereta (2) dan masing-masing seorang bagi penunggang basikal dan pejalan kaki. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC II) Hamza Taib berkata, sebanyak 1,209...

Read More

Kejara: Tiada kompromi dengan pemandu disenarai hitam

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran tidak akan berkompromi dengan pemandu yang disenarai hitam melalui sistem Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) meskipun pada musim perayaan. Ketua Pengarahnya, Datuk Musthapa Abdul Rashid berkata, operasi semakan mata dimerit akan tetap dilakukan sepanjang Ops Sikap XIII berlangsung bagi memastikan pemandu yang terbabit dikenakan tindakan serta-merta. Menurut beliau,...

Read More