Kenali Undang-Undang

Akibat pemanduan yang tidak bertanggungjawab, nyawa terancam, kerosakan yang dialami menelan belanja yang banyak serta amat mengecewakan dan sebagainya. Tapi apakah hukumannya dari segi perundangan? Di sini, kami menyediakan senarai kesalahan jalan raya bersertakan hukumannya yang patut disedari setiap warganegara.

 

Memandu Semberono

Bil 1.
Kesalahan Memandu dengan melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian.
Seksyen/ Kaedah Kesalahan Seksyen 41
Seksyen/ Kaedah Hukuman Seksyen 41
Kadar Kompaun Mahkamah
Kadar Mahkamah Penjara Mandatori 2 hingga 10 tahun dan denda RM 500 hingga RM 2000 dan digantung lesen memandu bermula dari tarikh di mahkamah sehingga kes diputuskan ke penjara.
Bil 2.
Kesalahan Memandu dengan melulu dan membahayakan (tidak melibatkan kematian).
Seksyen/ Kaedah Kesalahan Seksyen 42
Seksyen/ Kaedah Hukuman Seksyen 42
Kadar Kompaun Mahkamah
Kadar Mahkamah Penjara mandatori sekurang-kurangnya satu (1) hari tetapi tidak lebih lima tahun dan denda RM 500 hingga RM 15000. Kesalahan berikutnya dipenjarakan tidak lebih 10 tahun dan denda RM 10000 hingga RM 20000.

Pengambilan Alkohol/Dadah

Bil 1.
Kesalahan Memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah (melibatkan kematian atau kecederaan).
Seksyen/ Kaedah Kesalahan Seksyen 44
Seksyen/ Kaedah Hukuman Seksyen 44
Kadar Kompaun Mahkamah
Kadar Mahkamah Penjara mandatori 3 hingga 10 tahun dan denda RM 8000 hingga RM 20000 dan digantung lesen memandu bermula dari tarikh sebutan pertama di mahkamah sehingga kes diputuskan.
Bil 2.
Kesalahan Memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.
Seksyen/ Kaedah Kesalahan Seksyen 45
Seksyen/ Kaedah Hukuman Seksyen 45(A)
Kadar Kompaun Mahkamah
Kadar Mahkamah Denda RM 2000 atau penjara 6 bulan dengan kepekatan alkohol melebihi had bulan. Sabitan kedua – denda RM 4000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya dan digantung lesen/ batal.

 

Lumba Haram

Bil 1.
Kesalahan Menaja/menyertai lumba haram.
Seksyen/ Kaedah Kesalahan Seksyen 81
Seksyen/ Kaedah Hukuman Seksyen 81(2)
Seksyen 81(3)
Kadar Kompaun Mahkamah
Kadar Mahkamah Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara dan lesen digantung satu bulan.Sabitan kedua denda RM 5000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya dan lesen digantung selama 3 tahun.