Laman Utama » Aktiviti » Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2007

Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2007

 

 



Kami berterima kasih di atas sokongan yang telah anda berikan kepada semua Pameran Keselamatan Jalan Raya 2007 yang telah diadakan di seluruh negara. Sila berikan maklum balas atau cadangan kepada webmaster@jkjr.gov.my

Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR) Negeri Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu , Kelantan dan Sabah akan menganjurkan Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2007 peringkat ke-2 bermula 17 Mei sehingga 19 Ogos 2007 di lokasi seperti berikut:
1. Kota Bharu, Kelantan 17 Mei - 19 Mei
KB Mall 10 pg - 10 mlm
2. Kuala Terengganu, Terengganu 31 Mei - 02 Jun
Mydin 10 pg- 10 mlm
3. Alor Setar, Kedah 14 Jun - 16 Jun
Star Parade 10 pg- 10 mlm
4. Pulau Pinang 22 Jun - 24 Jun
PISA ( PAROS 2007, Booth JKJR) 10 pg- 10 mlm
5. Kota Kinabalu, Sabah 13 Julai - 15 Julai
Centre Point 10 pg- 10 mlm
6. Seremban, Negeri Sembilan 27 Julai - 29 Julai
Seremban Parade 10 pg- 10 mlm
7. Ipoh, Perak 03 Ogos - 05 Ogos
Ipoh Parade 10 pg- 10 mlm
8. Kuala Lumpur 17 Ogos - 19 Ogos
Berjaya Time Square 10 pg- 10 mlm

Matlamat utama pameran ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman serta menggalakkan penglibatan dan penyertaan orang ramai tentang kepentingan keselamatan jalan raya.

Pameran ini juga merupakan usaha atau kempen berterusan pihak kerajaan dalam usaha menangani isu-isu keselamatan jalan raya di negara kita demi usaha mencapai matlamat di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006 - 2010 yang mensasarkan pengurangan 50% kadar kemalangan.

Pameran bergerak ini meliputi 4 sudut dan para pengunjung boleh mengambil bahagian di dalam aktiviti yang disediakan selain memperolehi pelbagai maklumat tentang keselamatan jalan raya.

  1. Sudut Pendidikan Keselamatan Jalan Raya(PKJR); bagi menyampaikan maklumat mengenai PKJR yang dilaksanakan di sekolah-sekolah bagi murid-murid tahun 1.
  2. Sudut Pejalan kaki; Apa Yang Setiap Pejalan Kaki Perlu Tahu.
  3. Sudut Motosikal; Apa Yang Setiap Penunggang dan Pembonceng Motosikal Perlu Tahu.
  4. Sudut Kereta; Apa Yang Setiap Pemandu Kereta Perlu Tahu.

Di samping itu terdapat juga ruang di mana orang ramai boleh melayari laman web JKJR di www.panducermat.org.my secara percuma untuk mendapatkan pelbagai maklumat serta mencuba pelbagai bentuk permainan berkaitan keselamatan jalan raya untuk semua peringkat umur.

Pelbagai bentuk permainan serta kuiz berkaitan keselamatan jalan raya juga disediakan sepanjang tempoh pameran dan orang ramai boleh memenangi pelbagai hadiah yang disediakan.

Sokongan, penglibatan dan penyertaan orang ramai dalam aktiviti-aktiviti keselamatan jalan raya amat diperlukan bagi meningkatkan kesedaran agar dapat mengubah sikap ketika berada di jalan raya dengan mengamalkan pemanduan berhemah, berdisiplin dan mematuhi peraturan jalan raya.  

"KESELAMATAN JALAN RAYA KOMITMEN BERSAMA"
Sumber: Jabatan Keselamatan Jalan Raya
Mei 2007

 

Past Activities

Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 di Perak Ogos 25, 2008
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 di Selangor Ogos 1, 2008
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 di Melaka Julai 18, 2008
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 Di Terengganu Julai 3, 2008
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 di Pahang jun 13, 2008
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 Di Johor Baharu Jun 6, 2008
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Wawasan Sifar Kematian & Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 Di Putrajaya
Lebih Lanjut

Malaysia Community Based Programme (CBP)
Lebih Lanjut

Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2008- 2 Februari 2008
Lebih Lanjut

Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2007
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Gawai
Lebih Lanjut

Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2007
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007 (23 -29 APRIL 2007)- Majlis Pelancaran Pameran di KL Sentral
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007 (23 -29 APRIL 2007) - Pemeriksaan motosikal dan kereta persendirian PERCUMA oleh PUSPAKOM
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007 (23 -29 APRIL 2007) - Pemberian pelekat motosikal (VEM) di Shah Alam dan Sentul
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007 (23 -29 APRIL 2007) - Pemeriksaan motosikal persendirian PERCUMA oleh MASAAM
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007 (23 -29 APRIL 2007) - Galeri Foto
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007 (23 -29 APRIL 2007) - Majlis Pelancaran & Forum di Hotel Marriot Putrajaya
Lebih Lanjut

Majilis Pelancaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Di Sekolah Peringkat Kebangsaan
Lebih Lanjut

Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2006
Lebih Lanjut

Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri 2005
Lebih Lanjut