Laman Utama » Aktiviti » Malaysia Community Based Programme (CBP)

Malaysia Community Based Programme (CBP)

Malaysia Community Based Programme (CBP)
on Helmet Wearing and VEM Workshop

Rakan Keselamatan Jalan Raya Sedunia(GRSP) melancarkan pelan 5 tahun Inisiatif Keselamatan Jalan Raya (IKJR-GRSI) pada 15 Jun 2005 di Bangkok.  Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara(ASEAN) merupakan kawasan yang dipilih untuk menjadi fokus untuk inisiatif ini yang mana ia telah dibiayai oleh 7 buah syarikat terbesar pengeluar kereta dan minyak dunia.

Menurut kajian yang dibuat oleh Bank Pembangunan Asian(ADB), kemalangan jalan raya telah mengakibatkan 75,000 kematian di Negara ASEAN pada tahun 2003 dan ia mengakibatkan kos lebih dari 2.2 % ke atas GDP tahunan.  IKJR bertujuan untuk mengurangkan kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya di rantau ASEAN dengan membantu kerajaan dan mereka yang terlibat secara langsung untuk melaksanakan bengkel dan demonstrasi serta projek perlaksanaan untuk mengamalkan sistem keselamatan jalan raya yang baik. Program  IKJR akan menfokus kepada elemen-elemen utama yang telah dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia(PKI-WHO), Di dalam Laporan PKI tahun 2004 - Menghalang Kecederaan Akibat Kemalangan Jalan Raya.  Ini termasuk pengunaan topi keledar, penggunaan alkohol, kelajuan dan keselamatan pejalan kaki serta pengguna jalan raya yang lebih terdedah kepada kemalangan.

Di Malaysia, perangkaan menunjukkan penunggang motosikal merupakan penyumbang tertingggi  kepada kematian akibar kemalangan jalan raya.  Pada tahun 2006 sahaja, dari jumlah kematian sebanyak 6287 akibat kemalangan jalan raya, 58% atau 3683 kematian adalah yang melibatkan penunggang motosikal.  Penyebab utama kematian adalah akibat kecederaan di bahagian kepala di mana penunggang tidak memakai topi keledar atau tidak memakainya dengan betul.

Atas sebab-sebab inilah, maka Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR) telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan kementerian yang terbabit, pertubuhan bukan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pihak swasta untuk sama-sama melaksanakan satu projek rintis di daerah Kuang, Kuala Selangor untuk mempertingkatkan tahap pemakaian topi keledar di kalangan penduduk.  Projek rintis ini telah dilancarkan pada bulan Januari 2007 dan berakhir pada bulan Mac 2007.  Kajian impak telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia(MIROS) dan keputusan menunjukkan satu pencapaian yang menggalakkan dengan pematuhan pemakian topi keledar meningkat dari 62% sebelum program dilaksanakan kepada 84% selepas dilaksanakan selama 8 minggu.

Program Penglibatan Kemasyarakatan yang sama telah dilaksanakan di Klang, Selangor, dimana Pelekat Pemantul Cahaya(VEM) dengan kerjasama JHSPH dan Universiti Putra Malaysia(UPM) juga menunjukkan kadar kemalangan melibatkan motosikal telah dapat dikurangkan sebanyak 18%.

Teras perlaksanaan program yang membawa kepada kejayaan program ini ialah Program Penglibatan Kemasyarakatan(Community Based Programmes).  Di bawah program ini, pelbagai aktiviti yang dilaksanakan adalah melibatkan masyarakat setempat itu sendiri termasuk ketua kampong, pihak pentadbiran sekolah,pihak berkuasa tempatan dan ketua-ketua agama.  Kesemua komponen wakil-wakil kemasyarakatan ini digunakan sebagai saluran untuk menggalakkan pengunaan topi keledar melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif.

Berdasarkan kejayaan yang dicapai semasa program rintis ini, maka pihak JKJR telah mengembangkan program ini keseluruh Malaysia bermula dari Julai 2007.

Past Activities

Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 di Perak Ogos 25, 2008
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 di Selangor Ogos 1, 2008
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 di Melaka Julai 18, 2008
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 Di Terengganu Julai 3, 2008
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 di Pahang jun 13, 2008
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 Di Johor Baharu Jun 6, 2008
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Wawasan Sifar Kematian & Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 Di Putrajaya
Lebih Lanjut

Malaysia Community Based Programme (CBP)
Lebih Lanjut

Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2008- 2 Februari 2008
Lebih Lanjut

Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2007
Lebih Lanjut

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Gawai
Lebih Lanjut

Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2007
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007 (23 -29 APRIL 2007)- Majlis Pelancaran Pameran di KL Sentral
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007 (23 -29 APRIL 2007) - Pemeriksaan motosikal dan kereta persendirian PERCUMA oleh PUSPAKOM
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007 (23 -29 APRIL 2007) - Pemberian pelekat motosikal (VEM) di Shah Alam dan Sentul
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007 (23 -29 APRIL 2007) - Pemeriksaan motosikal persendirian PERCUMA oleh MASAAM
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007 (23 -29 APRIL 2007) - Galeri Foto
Lebih Lanjut

Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia 2007 (23 -29 APRIL 2007) - Majlis Pelancaran & Forum di Hotel Marriot Putrajaya
Lebih Lanjut

Majilis Pelancaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Di Sekolah Peringkat Kebangsaan
Lebih Lanjut

Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2006
Lebih Lanjut

Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri 2005
Lebih Lanjut