Choose language : English Version
|
|
||
|
Resolusi |
||
|
Seminggu selepas Hari Kesihatan Dunia 2004, Persidangan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah berbincang dan meluluskan resolusi yang bersejarah A/RES/58/289 untuk "Penambahbaikan keselamatan jalan raya global" mendesak negara-negara di seluruh dunia untuk mengambil cabaran keselamatan jalan raya, mula melaksanakan cadangan-cadangan dalam laporan bersama WHO/BANK DUNIA tentang pencegahan kecederaan jalan raya dan juga menjemput WHO untuk menyelaraskan usaha keselamatan jalan raya keseluruh sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seiring dengan Pesuruhjaya Serantau PBB. Jemputan ini telah diterima secara formal oleh Persidangan Kesihatan Sedunia pada Mei 2004 dalam keputusan WHA57.10 bertajuk "Road Safety and Health". Pencadangan resolusi ini mencerminkan laporan sedunia mengenai pencegahan kecederaan jalan raya, termasuklah perkara yang berkenaan perlantikan agensi pemimpin untuk keselamatan jalan raya, persediaan dan pelaksanaan strategi nasional bagi keselamatan jalan raya, dan meletakkan langkah-langkah pencegahan tertentu, juga fokus ke atas nilai-nilai tambahan yang boleh diberikan oleh kesihatan umum, terutamanya yang berkaitan epidimiologi, kajian, pencegahan, penjagaan dan sokongan trauma. Pada Ogos 2005, Setiausaha Agong PBB telah membentangkan laporan beliau berkenaan krisis keselamatan jalan raya pada Persidangan Agong PBB yang ke-60. Laporan itu memberikan maklumat terkini tentang usaha terbaru untuk memperbaiki keselamatan jalan raya global. Laporan itu menyatakan bagaimana penyelarasan mandat rundingan atas WHO, seiring dengan Pesuruhjaya Serantau PBB, membawa kepada penubuhan United Nations Road Safety Collaboration, sekumpulan 42 agensi yang komited untuk menangani keselamatan jalan raya. Laporan ini juga menunjukkan bagaimana pihak-pihak yang terlibat bekerjasama menangani isu ini. Ia disimpulkan dengan mengutarakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh Persidangan Agong PBB untuk mempercepatkan perlaksanaan aktiviti keselamatan jalan raya di seluruh dunia. Pada Oktober 2005, Persidangan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan satu lagi resolusi keselamatan jalan raya yang menjemput Negara Ahli untuk mengambil bahagian dalam Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu yang pertama; dan untuk mengiktiraf hari Ahad ketiga dalam bulan November setiap tahun sebagai Hari memperingati Mangsa Jalan Raya Sedunia. |
|
|
||
|
ACARA SEMPENA MINGGU KESELAMATAN JALAN RAYA SEDUNIA 2007 |
||
| 23 APRIL 2007 | ||
|
Pelancaran Sambutan Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia Peringkat Sedunia dan Forum Awam Keselamatan Jalan Raya Masa: 9.00am-1.00pm |
||
| 24 APRIL 2007 | ||
| Pemberian pelekat pemantul cahaya (VEM) untuk motosikal dari JKJR Negeri | ||
| 25 APRIL 2007 | ||
| Pemeriksaan percuma motosikal di pusat-pusat servis pengeluar motosikal terpilih di seluruh Malaysia oleh MASAAM | ||
| 27 APRIL 2007 | ||
| Khutbah Jumaat Sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia | ||
| 28-29 APRIL 2007 | ||
|
Pameran Keselamatan Jalan Raya Masa: 9.00 am -6.00 pm |
||
| 23-29 APRIL 2007 | ||
|
Pemeriksaan kereta dan motosikal persendirian percuma oleh PUSPAKOM. |
||
|
|



























