Bas rosak stereng terbabas

BUKIT BERUNTUNG: Belum sempat Aidilfitri disambut esok, sebuah bas ekspres nyaris meragut puluhan nyawa penumpang apabila kenderaan awam itu terbabas dan terbalik di Kilometer 428 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat sini, malam tadi.

Kejadian yang berlaku jam 11 malam itu, menyebabkan tiga penumpangnya cedera ringan di badan dan kepala.

Difahamkan, bas ekspres yang baru bertolak dari ibu kota menuju utara tanah air, dikatakan bergerak lewat lebih satu jam daripada jadual perjalanan yang ditetapkan iaitu 9 malam.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila stereng bas berkenaan secara tiba-tiba tidak berfungsi, menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan itu sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Selain itu, pemandu bas terbabit yang juga pemandu gantian memandu secara bersendirian tanpa ditemani pemandu kedua.

Author: josh

Share This Post On