Choose language : English Version
UCAPAN
KETUA PENGARAH JKJR
SEMPENA MAJLIS PELANCARAN
PENYERAHAN TOPI KELEDAR BAGI DUN SERI MENANTI
PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
25 APRIL 2009
Y.B. Dato’ Hj.Ismail bin Lasim
Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Merangkap Pengerusi MKJR Negeri Sembilan;
Yang Mulia Tunku Datuk Muzaffar Tunku Mustapha
Pengerusi Automobile Association of Malaysia(AAM);
Y.B. Tuan Abd.Samad bin Hj.Ibrahim
ADUN Seri Menanti;
Y.B. Dato’ Mohammad Razi bin Kail
ADUN Juasseh
Y.B. Dato’ Roslan bin Md.Yusof
ADUN Johol
Y.B. Tuan Hj.Adnan bin Hj. Abu Hasan
ADUN Pilah
Yang Berbahagia Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah
Ketua Pengarah MIROS;
Dif-dif jemputan;
Ketua-Ketua dan Pemimpin Masyarakat, para media dan para hadirian sekalian.
Selamat pagi dan salam sejahtera,
Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan dan Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan serta pihak AAM di atas kejayaan Pelancaran Penyerahan Topi Keledar kawasan DUN Seri Menanti bagi peringkat Daerah Kuala Pilah, di bawah agenda kebangsaan untuk menggalakkan pemakaian topi keledar basikal, kanak-kanak dan dewasa di kawasan luar bandar dan kegunaannya dengan betul.
Tujuan program ini ialah bagi memupuk budaya pemakaian topi keledar yang menepati piawaian SIRIM dan kegunaannya dengan betul bagi mencapai sasaran kegunaan 100% di seluruh Negara, bagi mencapai matlamat yang disasarkan di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006 -2010.
Program Inisiatif Pemakaian topi keledar di kawasan luar bandar ini, telah dimulakan sebagai projek rintis di daerah Kuang, Selangor yang mana dalam tempoh 4 bulan pelaksanaan projek rintis di daerah Kuang, kegunaan topi keledar telah dipertingkatkan daripada 62% kepada 82%.
Maka berlandaskan kejayaan daripada projek rintis ini, program ini telah diperluaskan ke setiap negeri di seluruh negara dalam usaha untuk meminimakan kadar kematian dan kemalangan yang melibatkan golongan penunggang dan pembonceng motosikal di Negara kita.
Program inisiatif pada hari ini merupakan program kali ke 5, selepas program ini dilancarkan di Negeri Sembilan, iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri Rantau pada 4 September oleh Y.A.B. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Sememangnya program penyerahan topi keledar, di bawah Program Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan ini, memerlukan sokongan dan kerjasama serta sumbangan daripada pihak swasta bagi menaja seberapa banyak topi keledar untuk diagihkan secara percuma kepada para penunggang motosikal di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar.
Maka pada hari ini, sekali lagi penduduk kawasan Kuala Pilah ini, amat bertuah kerana pihak Automoblie Association of Malaysia(AAM) yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Tunku Datuk Muzaffar Tunku Mustapha telah bermurah hati untuk menyumbang topi keledar bagi kawasan Daerah Kuala Pilah.
Sumbangan yang dilakukan oleh AAM ini, ialah di atas tanggungjawab sosial korporat(CSR) AAM bagi tujuan membantu pihak kerajaan dalam usaha menangani isu-isu berkaitan keselamatan jalan raya, terutamanya bagi golongan penunggang dan pembonceng motosikal.
Pihak AAM telah pun dan sentiasa berkerjasama rapat dengan JKJR dan MIROS untuk menjayakan agenda Negara di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006 - 2010. Selain daripada menyertai program pada hari ini, AAM juga telah berkerjasama dengan JKJR untuk menjayakan pelbagai program lain seperti :
Di samping itu AAM juga turut berkerjasama rapat dengan kerajaan bagi menjayakan pelbagai program MKJR dan Malaysia Global Road Safety Partnership(MGRSP).
Tuan-tuan dan puan-puan,
Program Inisiatif Pemakaian Topi Keledar ini dilaksanakan dalam 4 peringkat iaitu :
Statistik bagi tahun 2008, merekodkan sebanyak 357 kes kematian atau 64% membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal daripada jumlah keseluruhan kematian jalan raya iaitu 556 kes kematian yang dicatatkan bagi Negeri Sembilan.
Kajian MIROS mendapati bahawa 68% daripada jumlah kematian di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal adalah disebabkan oleh kecederaan di bahagian kepala.
Oleh itu, adalah sangat penting bagi setiap penunggang dan pembonceng motosikal memakai topi keledar yang menepati piawaian SIRIM dan kegunaannya dengan betul untuk setiap perjalanan jauh atau dekat bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian jika terlibat dalam kemalangan di jalan raya.
Maka melalui program ini pihak kerajaan berharap tahap kesedaran dan kefahaman bagi golongan penunggang dan pembonceng motosikal tentang kepentingan topi keledar sebagai satu-satunya alat yang boleh melindungi bahagian kepala akan meningkat.
Kepada pihak AAM dan juga semua pihak yang telah berganding bahu bagi menjayakan program ini, tahniah dan terima kasih kerana begitu prihatin terhadap masalah keselamatan jalan raya terutamanya yang melibatkan golongan penunggang dan pembonceng motosikal.
Usaha pihak kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan dalam negara kita, sememangnya memerlukan penglibatan dan penyertaan serta sokongan semua lapisan masyarakat terutamanya para majikan, pemimpin masyarakat, ahli politik, pemimpin agama, pakar pendidikan, badan professional, sektor swasta dan NGO serta orang ramai bagi mencapai matlamat bagi mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.
Semoga melalui Program Inisiatif Pemakaian Topi Keledar Luar Bandar ini, matlamat yang ditetapkan di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006 – 2010 bagi pengurangan kepada 50% kadar kematian akibat kemalangan akan tercapai.
Sekian, terima kasih.
DATUK SURET SINGH











