Laman Utama » Media » Keratan Akhbar » Tukang cuci maut nahas

Tukang cuci maut nahas

KUALA LUMPUR 27 Jun - Seorang tukang cuci maut manakala dua lagi rakannya parah apabila kenderaan yang mereka naiki merempuh sebuah treler muatan batu di Kilometer 33, Lebuh Raya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak, menghala ke ibu negara.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, kenderaan jenis Toyota Unser yang dinaiki empat tukang cuci itu yang sedang menuruni laluan berbukit dikatakan hilang kawalan lalu merempuh treler di hadapan mereka.

Akibatnya, mangsa, Wong Zoo Hin, 30, yang merupakan penumpang mati di tempat kejadian kerana kecederaan di kepala selepas tersepit.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussein Omar berkata, dua lagi rakan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

"Keadaan mereka masih dilaporkan kritikal sehingga petang ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya lagi, mayat mangsa dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Beliau berkata, pemandu treler yang berusia lingkungan 30-an itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Viagra Pills | Levitra | Cialis | Viagra Online | Tramadol | viagra online