Laman Utama » Media » Teks Ucapan » Teks Ucapan Timbalan Menteri Pengangkutan Majlis Pelancaran Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan

Teks Ucapan Timbalan Menteri Pengangkutan Majlis Pelancaran Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan, ”TAJA TOPI KELEDAR, SELAMATKAN NYAWA” - Sri Pentas, Tv 3 : 4 Ogos 2008

Y.Bhg. Dato’ Haji Zakaria bin Haji Bahari, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan Malaysia; Y.Bhg. Datuk Abdul Mutalib Razak, Pengerusi Media Prima; Y.Bhg. Dato’ Amrin Awaludin, Ketua Pegawai Eksekutif TV 3; Y.Bhg. Datuk Suret Singh, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya; Y.Bhg. Datuk Azman Ujang, Penasihat BERNAMA (TV); Dif-dif jemputan; Para media dan hadirian sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera Saya berasa amat gembira kerana dapat kita berkumpul bersama sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan, yang bertemakan “Taja Topi Keledar, Selamatkan Nyawa” pada petang yang mulia ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia dan Majlis Keselamatan Jalan Raya(MKJR) yang telah berjaya menghasilkan kerjasama pintar dengan pihak Media Prima, NST dan BERNAMA selaku Rakan Media(Media Partners) untuk merangka kempen “Taja Topi Keledar, Selamatkan Nyawa” bagi melaksanakan Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan. Usaha ini adalah amat penting kerana 68% daripada kes kemalangan maut bagi golongan penunggang dan pembonceng motosikal adalah berpunca dari kecederaan kepala. Kita semua sedar bahawa soal mati hidup ialah isu sudah sampai ajal dan ditentukan oleh Tuhan semata-mata namun kita sebagai manusia harus berikhtiar untuk melindungi diri, orang tersayang dan pengguna-pengguna di jalan raya yang dikongsi bersama dan kelalaian seorang pengguna membahayakan pengguna-pengguna lain. Tindakan seseorang pengguna mengambil risiko di jalan raya ialah seumpama membunuh diri dan membunuh pengguna-pengguna yang lain. Oleh itu, kita semua sebagai pengguna jalan raya hendaklah mengutamakan budaya berhemah dan berganding bahu dengan JKJR serta rakan kongsinya untuk membantu usaha-usaha advokasi bagi mengubah nilai-nilai minda dan amalan seharian, pengguna-pengguna jalan raya kita bagi mewujudkan generasi pengguna jalan raya yang mengutamakan(dan bukan membelakangkan) amalan-amalan berhemah, menjauhi amalan berisiko dan sentiasa bersopan di jalan raya yang dikongsi bersama oleh 11 juta pemandu dan 17 juta kenderaan. Pelancaran Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan pada hari ini yang bertujuan mempromosikan pemakaian dan kegunaan topi keledar dengan betul oleh setiap penunggang dan pembonceng motosikal di Malaysia bagi setiap perjalanan jauh dan dekat, iaitu kegunaan 100%. Hari ini ialah hari bersejarah kerana kegunaan topi keledar secara 100% menjadi sasaran dan hasrat bersama oleh Kerajaan, sektor swasta, NGO dan pihak media untuk kita bekerjasama setiap hari, di setiap daerah dan di setiap pelusuk Negara bagi meminimakan kecederaan parah dan kemalangan maut bagi golongan penunggang dan pembonceng yang berpunca dari kecederaan kepala. Bertepatan dengan tema kempen “Taja Topi Keledar, Selamatkan Nyawa”, maka melalui sumbangan derma atau tajaan satu unit topi keledar yang hanya bernilai puluhan ringgit, anda akan menyumbang untuk menyelamatkan satu nyawa yang tidak terhingga nilainya, yang tidak dapat dibeli diukur dengan wang ringgit. Inisiatif Topi Keledar ini memberi peluang kepada semua pihak bagi menaja seberapa banyak topi keledar berdasarkan keupayaan dan keinginan pihak-pihak yang menderma untuk diagihkan secara percuma kepada para penunggang dan pembonceng motosikal di 150 daerah di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Pada tahun 2007, sebanyak 3,646 kematian atau 58% daripada jumlah keseluruhan kematian jalan raya 6,282 kematian, adalah golongan penunggang dan pembonceng motosikal. Manakala sehingga bulan Jun 2008, sebanyak 1,939 kematian direkodkan melibatkan golongan penunggang dan pembonceng motosikal akibat kemalangan jalan raya, iaitu peningkatan sebanyak 211 kematian berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2007. Maka program ini merupakan satu langkah intervensi yang penting bagi usaha memulihkan keadaan sekarang di mana paras kegunaan topi keledar ialah 40% hingga 50% sahaja di kawasan luar bandar berbanding dengan kadar kegunaan 90% di kawasan bandar. Hasil daripada kajian MIROS mendapati lebih daripada 60% daripada jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal adalah disebabkan oleh kecederaan di bahagian kepala. Maka topi keledar yang disahkan oleh SIRIM dan dipakai dengan kemas merupakan satu-satunya alat yang dapat memberikan perlindungan di bahagian kepala kepada penunggang dan pembonceng motosikal apabila terlibat dalam kemalangan. Kepada para penderma yang telah dan akan bersama-sama menyumbang dan menaja topi-topi keledar bagi menjayakan program ini, saya ucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga di atas keprihatinanyang ditunjukkan terhadap masalah keselamatan jalan raya yang melibatkan golongan penunggang motosikal. Usaha pihak kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan sememangnya memerlukan penglibatan dan penyertaan serta sokongan semua lapisan masyarakat terutamanya para majikan, pemimpin masyarakat, ahli politik, pemimpin agama, pakar pendidikan, badan professional dan swasta bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan di negara kita. Di atas sokongan pihak Media Prima, NST dan BERNAMA yang sudi bekerjasama dan seterusnya menjadi Rakan Media bagi menjayakan program ini saya rakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih. Selaku stesen penyiaran utama negara yang meliputi saluran TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan saluran radio Hot FM dan Fly FM serta melalui media cetak NST dan BERNAMA sudah pasti program ini mampu disampaikan kepada orang ramai, penonton dan pendengar dan sokongan ini memang dijangka akan dalam usaha memberikan impak yang besar kepada kejayaan program ini Selaku Timbalan Menteri Pengangkutan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menyanjung tinggi atas komitmen serta sokongan pihak Media Prima, NST dan BERNAMA dan kerjasama yang ditunjukkan oleh tuan-tuan seharusnya menjadi contoh dan tauladan kepada pihak swasta lain untuk tampil ke depan dan menyumbang kepada usaha untuk menangani isu-isu keselamatan jalan raya di negara kita. Melalui program ini pihak perseorangan mahupun sektor swasta dan korporat serta pihak NGO yang ingin menyalurkan derma boleh menghantarkan sumbangan atau derma melalui Bank Draf, Postal Order, Money Order atau Cek Berpalang atas nama ”Majlis Keselamatan Jalan Raya” atau terus kepada Akaun Majlis Keselamatan Jalan Raya di CIMB Bank yang bernombor 1601-0000968-05-4. Melalui sumbangan yang dikumpulkan daripada para penderma pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya akan membeli topi-topi keledar dan akan diagihkan kepada para penunggang dan pembonceng motosikal secara percuma bagi 150 daerah di seluruh negara sebagai komponen kempen advokasi kegunaan topi keledar yang sedang dilaksanakan. Dalam proses pengagihan topi keledar ini pihak Jabatan akan melaksanakan pelbagai program berteraskan kemasyarakatan(CBP) seperti ceramah, seminar, pameran, kempen dan sesi khidmat nasihat yang akan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat bagi menyebarkan serta menyampaikan maklumat berhubung faedah dan kepentingan kegunaan topi keledar. Semoga melalui program ini sasaran atau matlamat yang ditetapkan dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia 2006 – 2010 ke arah pengurangan kepada 50% kadar kematian akibat kemalangan akan tercapai. Akhir kata diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya, pihak Media Prima, NST dan BERNAMA dan semua pihak lain terutama para penderma yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan, ”Taja Topi Keledar, Selamatkan Nyawa”. Dengan kata-kata itu saya dengan ini merasmikan Pelancaran Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan 2008. Sekian terima kasih. Y.B. DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN

Pautan Relevan :

Teks Ucapan Y.B. Dato' Sri Ong Tee Keat Menteri Pengangkutan Majlis Pelancaran Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2009
Lebih Lanjut

Teks Ucapan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Majlis Penutup Bengkel Petronas Streetsmart Lessons For Life 2009
Lebih Lanjut

Ucapan Ketua Pengarah Jkjr Majlis Penutupan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bagi Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Gombak Anjuran Mkjr Dan Unilever Malaysia
Lebih Lanjut

Teks Ucapan Menteri Pengangkutan Sempena Majlis Perasmian Kempen Topi Keledar Kanak-Kanak Peringkat Negeri Selangor
Lebih Lanjut

Ucapan Menteri Pengangkutan Sempena Majlis Pelancaran Program Pengedar Dan Penjual Motosikal Sebagai Duta Keselamatan Jalan Raya
Lebih Lanjut

Ucapan Ketua Pengarah Jkjr Sempena Majlis Pelancaran Penyerahan Topi Keledar Bagi Dun Seri Menanti Peringkat Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Lebih Lanjut

Ucapan Y.B. Dato’ Sri Ong Tee Keat Menteri Pengangkutan Malaysia Sempena Majlis Pelancaran Program Pengedar Dan Penjual Motosikal Sebagai Duta Keselamatan Jalan Raya
Lebih Lanjut

Teks Ucapan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Sempena Majlis Pelancaran Buku Garis Panduan Kelab Keselamatan Jalan Raya 13 Feb 2009
Lebih Lanjut

Mesej Keselamatan Jalan Raya Menteri Pengangkutan Malaysia Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2009
Lebih Lanjut

Amanat Keselamatan Jalan Raya YAB Perdana Menteri Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2009
Lebih Lanjut

Teks Ucapan Timbalan Menteri Pengangkutan Majlis Pelancaran Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan, ”TAJA TOPI KELEDAR, SELAMATKAN NYAWA” - Sri Pentas, Tv 3 : 4 Ogos 2008
Lebih Lanjut

Teks Ucapan Menteri Pengangkutan Majlis Menandatangani Persefahaman Jkjr Dan Plus Expressways Berhad , Hotel Hilton -20 ogos 08
Lebih Lanjut

Viagra Pills | Levitra | Cialis | Viagra Online | Tramadol | viagra online