Laman Utama » Media » Teks Ucapan » Teks Ucapan Ketua Pengarah Jkjr Sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Pemakaian Topi Keledar : Sri Andalas, Klang Selangor - 23 Ogos 2008

Teks Ucapan Ketua Pengarah Jkjr Sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Pemakaian Topi Keledar : Sri Andalas, Klang Selangor - 23 Ogos 2008

Y.Bhg. Encik Shah Rizan Mohd Sirat
Pengarah JKJR Selangor;

Y.Bhg. Encik Mohanan K.
Asistant Head Division, UMW Toyota Motor;

Y.Bhg.Encik Tarmizi AD. Rahman
Ketua Penolong Pengarah
Pejabat Pembangunan Negeri Selangor;

 

Dif-dif jemputan;

Ketua-Ketua Masyarakat, para media dan para hadirian sekalian.

 

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor dan UMW Toyota Motor atas kejayaan Pelancaran Inisiatif Pemakaian Topi Keledar bagi kawasan Sri Andalas, di bawah agenda Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan, ”Taja Topi Keledar, Selamatkan Nyawa” bagi menggalakkan pemakaian dan kegunaan topi keledar dengan betul.

Melalui program ini pihak UMW Toyota Motor telah, dengan bermurah hati menaja sebanyak 8,000 buah topi keledar untuk diagihkan secara percuma.

Sumbangan dan komitmen pihak UMW Toyota Motor untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan bagi menangani isu-isu keselamatan jalan raya amat dihargai dan disanjungi tinggi oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Kementerian Pengangkutan. Usaha sebegini seharusnya menjadi contoh dan tauladan kepada syarikat swasta yang lain dalam usaha melaksanakan tanggungjawab korporat sosial mereka kepada masyarakat.

Program pada hari adalah bertujuan untuk memupuk budaya pemakaian dan kegunaannya topi keledar dengan betul bagi mencapai sasaran kegunaan 100%.

Pada tahun 2007, negeri Selangor mencatatkan sebanyak 1,027 kes kematian jalan raya, daripada jumlah tersebut 616 kematian melibatkan golongan penunggang dan pembonceng motosikal. Daerah Klang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 155 kes kemalangan maut bagi tahun 2007. Kawasan Sri Andalas dipilih bagi program pada hari ini, kerana kawasan ini mencatatkan jumlah kes tertinggi bagi kawasan Daerah Klang.

Maka program ini merupakan satu langkah intervensi yang penting bagi usaha memulihkan keadaan sekarang di mana paras kegunaan topi keledar ialah 40% hingga 50% sahaja di kawasan Sri Andalas, Klang berbanding dengan kadar kegunaan 90% di kawasan bandar.

Hasil daripada kajian MIROS mendapati 68% daripada jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal adalah disebabkan oleh kecederaan di bahagian kepala.

Maka topi keledar yang disahkan oleh SIRIM dan dipakai dengan kemas merupakan satu-satunya alat yang dapat memberikan perlindungan di bahagian kepala kepada penunggang dan pembonceng motosikal.

Program penggalakkan kegunaan topi keledar di kawasan luar bandar telah dimulakan pada November 2006, sebagai projek rintis di daerah Kuang, Selangor. Dalam tempoh 4 bulan pelaksanaan projek rintis di daerah Kuang ini, kegunaan topi keledar telah dipertingkatkan daripada 62% kepada 90% bagi penunggang motosikal.

Semoga melalui program ini masyarakat di kawasan Sri Andalas akan lebih peka terhadap kepentingan kegunaan dan pemakaian topi keledar dengan betul serta menjadikannya amalan dan budaya seharian bagi perjalanan jauh dan dekat.

Sememangnya program sebegini memerlukan sokongan dan kerjasama serta sumbangan daripada pihak swasta bagi menaja seberapa banyak topi keledar untuk diagihkan secara percuma.

Kepada pihak UMW Toyota Motor dan juga semua pihak yang telah berganding bahu bagi menjayakan program ini, diucapkan setinggi –tinggi penghargaan dan terima kasih kerana begitu prihatin terhadap masalah keselamatan jalan raya terutamanya yang melibatkan golongan penunggang dan pembonceng motosikal.

Semoga Program Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan ini mampu menyumbang ke arah pengurangan 50% kadar kematian akibat kemalangan jalan raya bagi mencapai sasaran di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia 2006 – 2010.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK SURET SINGH

Pautan Relevan :

Teks Ucapan Timbalan Menteri Pengangkutan Majlis Pelancaran Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan, ”TAJA TOPI KELEDAR, SELAMATKAN NYAWA” - Sri Pentas, Tv 3 : 4 Ogos 2008
Lebih Lanjut

Teks Ucapan Menteri Pengangkutan Majlis Menandatangani Persefahaman Jkjr Dan Plus Expressways Berhad , Hotel Hilton -20 ogos 08
Lebih Lanjut

Teks Ucapan Ketua Pengarah Jkjr Sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Pemakaian Topi Keledar : Sri Andalas, Klang Selangor - 23 Ogos 2008
Lebih Lanjut

Teks Ucapan Menteri Pengangkutan Majlis Pelancaran Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Hari Raya 2008, Hentian Duta, Jalan Duta, Kuala Lumpur 20 September 2008
Lebih Lanjut

Teks Ucapan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Majlis Perasmian Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 2008 Peringkat Negeri Selangor,Sunway Pyramid-1 Ogos 2008
Lebih Lanjut

Teks Ucapan Menteri Pengangkutan Memorandum Persefahaman Jabatan Keselamatan Jalan Raya & Honda Malaysia Sdn Bhd Bagi Program Berasaskan Komuniti Untuk Keselamatan Automotif, Hotel Pan Pacific, Klia : 25 Ogos 2008
Lebih Lanjut

Teks Ucapan Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat Di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya & Perodua-22julai08
Lebih Lanjut

Teks Ucapan Menteri Pengangkutan Memorandum Persefahaman Jabatan Keselematan Jalan Raya & Proton Holdings Berhad Bagi Program Berasaskan Komuniti Untuk Keselamatan Automotif
Lebih Lanjut

Ucapan Y.A BHG Datin Seri Jeanne Abdullah Sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2007
Lebih Lanjut

Ucapan Menteri Pengangkutan Sempena Pelancaran Wawasan Sifar Kematian Jalan Raya Di Putrajaya Dan Pameran Bergerak Keselamatan Jalan Raya 09052008
Lebih Lanjut

Ucapan Menteri Sempena Majlis Pelancaran Program Perintis Pemakaian Topi Keledar Kawasan Luar Bandar Di Parlimen Selayang
Lebih Lanjut

Ucapan Menteri Sempena Pelancaran Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2008
Lebih Lanjut