Laman Utama » Media » Keratan Akhbar » Saksi kemalangan maut dicari

Saksi kemalangan maut dicari

PUTRAJAYA Polis meminta saksi yang menyaksikan kemalangan langgar lari membabitkan seorang wanita Indonesia di bulatan Kampung Teras Jernang, Jalan Sungai Merab, dua hari lalu supaya tampil membantu siasatan.Pegawai Penyiasat Kanan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang Inspektor, Zaidi Hashim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang 16 Ogos lalu, mangsa yang identitinya tidak diketahui, mati di tempat kejadian dipercayai dilanggar oleh kenderaan.

"Polis tidak dapat mengesan jenis kenderaan yang melanggar mangsa ekoran tiada saksi yang tampil memberikan maklumat.

"Mangsa dipercayai wanita Indonesia berdasarkan maklumat diperoleh daripada beberapa pekerja warga Indonesia yang berada di kawasan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mereka yang mempunyai menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Zaidi di talian 03-8777 4260 atau 013-323 0811.