Choose language : English Version
KENYATAAN AKHBAR
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
KEMPEN BERSEPADU KESELAMATAN JALAN RAYA
SEMPENA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2009
SRI PENTAS, BANDAR UTAMA TV3
10 SEPTEMBER 2009
Pada hari ini, kerajaan telah melaksanakan Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini dengan menggabungkan beberapa program intervensi keselamatan jalan raya yang merangkumi program pendidikan, penguatkuasaan dan kejuruteraan.
DI ANTARA LANGKAH-LANGKAH INTERVENSI BARU YANG‚ DILAKSANAKAN :
Bagi Kempen Bersepadu pada tahun ini, penunggang dan pembonceng motosikal disaran untuk menggunakan kemudahan awam untuk pulang ke kampung halaman. Program penggalakkan ini adalah bertujuan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dikalangan penunggang dan pembonceng motosikal yang kebiasaannya berlaku pada waktu malam berikutan kesukaran kebolehlihatan dan kehadiran mereka di jalan raya.
Di anggarkan sebanyak 300 kawasan yang dikenalpasti sering berlaku nahas maut di seluruh negara akan dipasang papan tanda amaran bagi memastikan pemandu lebih berwaspada ketika memandu ketika Aidilfitri.Pemasangan ini dilakukan secara berperingkat dan yakin siap dipasang menjelang hari terakhir puasa.
Pihak JPJ akan menggunakan kaedah baru untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan awam sempena musim perayaan ini. Iaitu pemeriksaan bas bermula di Depoh-Depoh Bas di seluruh negara (slip keputusan pemeriksaan akan diberikan), ianya bagi mengelakkan kesesakan dan kesulitan kepada penumpang. Manakala pemeriksaan di 35 Terminal Bas yang meliputi tayar, lesen, sistem kejara dan buku log adalah bagi memastikan bas dan para pemandu berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan. Manakala ujian pemeriksaan air kencing kepada para pemandu juga akan dilaksanakan oleh pihak AADK dan Jabatan Narkotik.
Ke arah meningkatkan penglibatan orang ramai dalam usaha menangani isu-isu keselamatan jalan raya sempena Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2009 ini,pihak PLUS menganjurkan program Malaysian's Unite For Road Safety (MUFORS) 090909, yang mana melalui program ini orang ramai boleh menyalurkan ikrar dan pandangan mereka menerusi foto, video atau khidmat pesanan ringkas (SMS) antara 9 pagi hingga 9 malam pada 9 September 2009.
Melalui MUFORS 090909 ini orang ramai boleh memberi ikrar bagaimana boleh menyumbang kepada mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai berhubung isu-isu keselamatan jalan raya. Ikrar ini adalah sebagai komitmen pihak-pihak berkenaan untuk sentiasa berganding bahu dengan kerajaan bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna-pengguna jalan raya.
LAIN-LAIN LANGKAH INTERVENSI LAMA YANG MASIH DITERUSKAN :
Bagi tempoh 13 hingga 27 September 2009, had laju maksima bagi Jalan Persekutuan dikurangkan daripada 90km/sejam kepada 80 km/sejam dan 80km/sejam kepada 70km/sejam bagi Jalan Negeri. Penwartaan dan hebahan media untuk pengurangan had laju ini dilakukan oleh Kementerian Kerja Raya manakala usaha penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh pihak JPJ dan PDRM.
Melaksanakan larangan menggunakan jalan raya ke atas kenderaan barangan pada 18-19 September 2009 (sebelum Hari Raya) dan 26-27 September 2009 (selepas Hari Raya) bagi tujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak untuk menyenangkan pengguna jalan raya pulang ke kampung dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya antara kenderaan persendirian dengan kenderaan berat.(Maklumat terperinci dalam lampiran A)
Kriteria pengeluaran Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk musim perayaan bagi menampung kekurangan bas ekspres akan diperketatkan untuk memenuhi syarat-syarat keselamatan seperti berikut :
PDRM, JPJ, LPKP dan AADK akan mengadakan Operasi Bersepadu dan Ops Sikap XX selama 15 hari mulai 13 hingga 27 September 2009. JPJ dan PDRM akan menggerakkan seramai 2,000 orang anggota bagi melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan pemantauan semasa musim perayaan. PDRM akan melakukan pemantauan trafik di 19 buah menara kawalan yang merangkumi 16 buah di jalan persekutuan dan 3 di lebuh raya PLUS untuk mengesan kenderaan yang melanggar peraturan jalan raya. Pasukan kereta peronda akan juga bantu mengawal keadaan di tempat kemalangan dan mengalih kenderaan rosak yang merupakan hazard kepada pengguna jalan raya di samping mengawal pengaliran trafik.
a)Sepanjang tempoh tersebut pihak berkuasa akan mengenakan kompaun RM300 serta tiada rayuan bagi 6 kesalahan serius seperti berikut :
(i)kesalahan memandu melebihi had laju;
(ii)memotong barisan(jumping q);
b) Fokus penguatkuasaan ke atas penunggang dan pembonceng motosikal adalah terhadap kesalahan serius seperti berikut :
(i)tidak memakai topi keledar;
c) Fokus penguatkuasaan ke atas pemandu lori adalah terhadap kesalahan serius seperti berikut :
(i)membawa muatan berlebihan;
(ii)melanggar peraturan memandu di lorong kiri;
e) Penguatkuasaan ke atas pemandu bas ekpress/bas persiaran/bas perkhidmatan awam akan memfokuskan kepada kesalahan berikut :
Disamping itu Penguatkuasaan oleh JPJ juga akan dilaksanakan di kawasan Lapangan Terbang bagi menangani isu 'ulat' , Stesen Teksi dan pemantauan 24 jam daripada Bilik Kawalan JPJ bagi meningkatkan tahap keselamatan.
Semua kerja-kerja pembaikan dan pembinaan jalan raya akan dihentikan selaras dengan Ops Sikap XX iaitu daripada 13 hingga 27 September 2009 sempena musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2009 bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, kecuali kerja-kerja kritikal yang terpaksa diteruskan di kawasan-kawasan tertentu. Bagi jalan-jalan di mana kerja-kerja kritikal masih diteruskan, JKR akan mengenal pasti dan memaklumkan jalan-jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
Pihak swasta akan bekerjasama bagi mengadakan kempen-kempen sasaran keselamatan jalan raya sempena perayaan Hari Raya Aidil fitri ini. Usaha sektor korporat dan NGO bersama pihak kerajaan ini adalah sangat diharapkan dan amat dihargai.
Pasukan Bomba dan Penyelamat bersama badan-badan sukarela seperti Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM), St. John Ambulance dan Road Safety Marshall Club(RSMC) akan bersiap sedia 24 jam sepanjang tempoh kempen bersepadu bagi memberi bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa kemalangan jalan raya.
Kesemua program-program ini adalah bertujuan untuk menangani dan mengurangkan kadar kemalangan serta kematian akibat kemalangan jalan raya yang semakin meningkat apabila tiba musim perayaan. Semoga program-program akan mendapat kerjasama dan sokongan semua pihak bagi mencapai matlamat dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya.
Y.B. DATO' SRI ONG TEE KEAT
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA










