Choose language : English Version
KENYATAAN AKHBAR
MENTERI PENGANGKUTAN
KEMPEN BERSEPADU KESELAMATAN JALAN RAYA
SEMPENA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2008
HENTIAN DUTA, JALAN DUTA, KUALA LULMPUR
20 SEPT 2008
Kerajaan akan melaksanakan Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini dengan menggabungkan beberapa program seperti program penguatkuasaan dan kempen advokasi serta kempen kesedaran melalui media tv, radio dan akhbar oleh kerajaan dan juga oleh sektor swasta.
Program-program penguatkuasaan yang telah dirancang dan akan dilaksanakan semasa Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2008 adalah seperti berikut:
a) Ops khidmat nasihat dan operasi khas di terminal bas telah dimulakan oleh PDRM dan JPJ sejak 5 September 2008 sebagai persediaan kepada Ops Sikap ke 17.
b) PDRM dan JPJ akan mengadakan operasi penguatkuasaan untuk Ops Sikap XVII(17) selama 15 hari, mulai 24 September hingga 8 Oktober 2008, di kawasan-kawasan kerap berlaku kemalangan dan sepanjang jalan-jalan Persekutuan dan negeri. Sepanjang tempoh tersebut pihak berkuasa akan mengenakan kompaun RM300 serta tiada rayuan bagi 6 kesalahan serius seperti berikut :
(c) Fokus penguatkuasaan ke atas penunggang dan pembonceng motosikal adalah terhadap kesalahan serius seperti berikut :
- kesalahan memandu melebihi had laju;
- memotong barisan(jumping q);
- tidak mematuhi lampu isyarat;
- menggunakan lorong kecemasan;
- memotong secara berbahaya; dan
- memotong di garisan berkembar.
(d) Fokus penguatkuasaan ke atas pemandu lori adalah terhadap kesalahan serius seperti berikut :
- tidak memakai topi keledar;
- tidak mematuhi lampu isyarat;
- menukar lorong secara merbahaya tanpa menggunakan lampu isyarat;
- melanggar peraturan jarak keselamatan;
- menunggang dan memotong secara berbahaya; dan
- berlumba di jalan raya.
(e) Penguatkuasaan ke atas pemandu bas ekpress/bas persiarann/bas perkhidmatan awam akan memfokuskan kepada kesalahan berikut :
- membawa muatan berlebihan;
- melanggar peraturan memandu di lorong kiri;
- melanggar perintah larangan kenderaan berat semasa musim perayaan; dan
- kesalahan teknikal yang menjejaskan keselamatan.
- melanggar masa memandu 8 jam termasuk waktu rehat dalam 24 jam;
- melanggar syarat pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 km atau 4 jam pemanduan;
- tidak berehat setiap 2 jam pemanduan;
- tidak merekodkan pergerakan di dalam buku log;
- memandu melebihi had laju;
- melanggar syarat-syarat lesen perubahan sementara atau menjalankan operasi haram; dan
- kesalahan teknikal yang mejejaskan keselamatan.
f ) Bagi kesan yang lebih baik lanjutan daripada Ops Sikap XVII(17), semua pihak penguatkuasa akan memulakan aktiviti penguatkuasaan dua minggu lebih awal daripada tarikh Ops Sikap XVII, yang bertujuan meningkatkan Perception Of Being Caught(POBC) di kalangan pengguna jalan raya.
g) Masalah ulat atau touts yang masih berleluasa di Hentian Puduraya, Kuala Lumpur dan Terminal Larkin, Johor, penguatkuasaan bersepadu antara LPKP, PDRM, JPJ dan Imigresin telah dijalankan setiap hari bermula 5 September hingga 15 Oktober 2008 bagi menangani masalah tersebut.
(a) Pemantauan ke atas perkhidmatan bas sepanjang musim perayaan sedang dijalankan di 48 lokasi (Check point) di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Lokasi-lokasi tersebut termasuk perhentian-perhentian bas, stesen-stesen penguatkuasa JPJ dan lain-lain tempat pemeriksaan yang sesuai.
(b) Pemantauan berterusan selama 24 jam akan dijalankan di terminal bas tertentu seperti Puduraya dan Terminal Larkin, Johor bagi membenteras kegiatan pengusaha pajak dan penjualan tiket secara haram oleh ulat-ulat. Pemeriksaan ke atas komponen-komponen kritikal khususnya yang boleh membawa kepada kemalangan seperti keadaan tayar, brek, stering dan sebagainya akan dijalankan di semua terminal bas.
Pihak PDRM akan menggunakan sepenuhnya 19 menara kawalan yang sedia ada untuk memantau aliran trafik dengan lebih berkesan dan mengesan kesalahan lalulintas sepanjang musim perayaan.
(a) Semua kerja pembaikan dan pembinaan di jalan raya dihentikan sepanjang tarikh Ops Sikap XVII (17) iaitu 24 September hingga 8 Oktober 2008 kecuali kerja-kerja kritikal yang terpaksa diteruskan di kawasan-kawasan tertentu.
(b) Kawasan dimana kerja-kerja jalan raya dihentikan perlulah diselia dengan amalan terbaik dalam pengurusan trafik persekitaran. Ini bagi memastikan agar persekitaran jalan di kawasan-kawasan berkenaan tidak membahayakan dan menambah risiko pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.
(a) Larangan menggunakan jalan raya akan berkuatkuasa selama 4 hari pada iaitu pada 27, 28, September 2008 (sebelum Hari Raya) dan 4, 5 Oktober 2008 (selepas Hari Raya) sepertimana jadual larangan di Lampiran.
(b) Sebarang permohonan untuk pengecualian ke atas larangan di atas hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat JPJ yang akan bertindak sebagai urusetia kepada perintah larangan ini.
Adalah dimaklumkan bahawa had laju di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri akan dikurangkan sebanyak 10km/j berkuatkusa mulai 25 September 2008 hingga 12 Oktober 2008 sebagai langkah awal keredaan trafik di jalan-jalan tersebut yang menjadi punca 93% daripada kemalangan yang melibatkan kecederaan dan kematian.
(a) LPKP akan memperketatkan syarat-syarat pengeluaran Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk musim perayaan, di mana pengusaha perlu memenuhi syarat-syarat keselamatan seperti berikut:
(b) Bagi musim perayaaan Hari Raya 2008, pihak LPKP akan mengeluarkan sejumlah 2000 LPS kecuali kepada kenderaan bas persiaran atas dasar ‘Laluan Terbuka’ untuk memberi pilihan kepada pengusaha menetapkan lokasi operasi berdasarkan permintaan pengguna.
(c) Permohonan LPS baru dan pemberian subsidi disel akan diuruskan melalui operator bus ekspres dan mereka hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah tetapkan oleh LPKP.
Stesen-stesen operasi bas ekspres bagi musim perayaan akan datang adalah seperti berikut::
- Laluan Pantai Timur-Hentian Putra, Hentian Jalan Pekeliling;
- Laluan Utara -Hentian Duta, Hentian Puduraya; dan
- Laluan Selatan-Stadium Bukit Jalil.
(a) Iklan khas keselamatan jalan raya sempena Hari Raya akan ditayangkan pada sepanjang musim perayaan mulai 20 September 2008 bagi tempoh 2 minggu dengan tema “Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat”.
(b) Tumpuan khusus kempen advokasi kepada golongan berisiko tinggi adalah merangkumi kumpulan sasaran seperti berikut::
- Penunggang Motosikal “Gunakan Pengangkutan Awam Untuk Perjalanan Lebih Selamat”;
- Pemandu Kenderaan Persendirian – “Rancang Perjalanan Anda”; dan
- Pejalan Kaki – “Gunakan Lintasan Pejalan Kaki”.
(c) Pihak JKJR dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri akan turut mempertingkatkan kempen melalui program advokasi bersama-sama syarikat swasta seperti PLUS, Besraya dan MTD bagi menasihati pengguna jalan raya mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.
(d) JKJR dan MKJR Negeri juga akan melaksanakan kempen khas keselamatan jalan raya sempena musim perayaan di peringkat negeri masing-masing.
(e) Sempena pelancaran kempen bersepadu, JKJR akan turut mempromosikan kempen ”Jom Klik” di mana sasaran kempen ini adalah kepada tiga kategori pengguna jalan raya yang paling terdedah kepada risiko akibat kemalangan jalan raya iaitu:
- Penunggang dan Pembonceng motosikal “Jom Klik” untuk memakai topi keledar yang sesuai dengan kemas dan betul;
- Pemandu dan Penumpang kereta “Jom Klik” untuk memakai tali pinggang keledar depan dan belakang dengan betul; dan
- Pejalan kaki “Jom Klik” untuk memegang tangan kanak-kanak bagi membantu mereka ketika melintas jalan.
(a) Pasukan bantuan kecemasan anggota paramedik di seluruh negara akan bersedia 24 jam untuk memberi kemudahan perubatan dan bantuan kecemasan di sepanjang tempoh musim perayaan.
(b) Selain daripada bersedia di plaza-plaza tol, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga akan mengadakan rondaan di jalan raya dan juga di udara bagi memantau dan memberi bantuan kecemasan bila diperlukan.
(c) Pihak Persatuan Bulan Sabit Merah juga memaklumkan akan turut bersedia untuk memberi bantuan kecemasan sepanjang musim perayaan ini.
(d) Pihak PLUS dan juga pihak panel pengusaha akan menyediakan kenderaan-kenderaan tunda masing-masing di beberapa tempat yang strategik seperti plaza tol, kawasan Rehat dan Riadah dan sebagainya.
(e) Pihak PLUS telah menambah baik Standard Operating Procedures mereka, khususnya daripada segi bidang kuasa dan mekanisma yang terbaik untuk membolehkan pihak PLUS menunda sebarang kenderaan yang rosak dan sebagainya yang berhenti di lebuh raya untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat.Semua program-program ini adalah bertujuan untuk menangani dan mengurangkan kadar kemalangan serta kematian akibat kemalangan jalan raya semasa musim perayaan. Semoga program-program intervensi yang akan dan sedang dilaksanakan akan mendapat kerjasama dan sokongan semua pengguna-pengguna jalan raya bagi mencapai matlamat meminimakan kemalangan yang melibatkan injuri dan maut menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.
Y.B. DATUK ONG TEE KEAT











