Laman Utama » Media » Kenyataan Akhbar » MAJLIS PELANCARAN PROJEK BAS KOMUNITI KAWASAN PANDAN HASIL KERJASAMA ANTARA MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA DAN EDARAN TAN CHONG MOTOR HOLDING BERHAD

MAJLIS PELANCARAN PROJEK BAS KOMUNITI KAWASAN PANDAN HASIL KERJASAMA ANTARA MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA DAN EDARAN TAN CHONG MOTOR HOLDING BERHAD

Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia amat berbesar hati kepada Edaran Tan Chong Motor Holding Berhad di atas keperihatinan mereka untuk mendermakan dua buah Nissan Urvan yang bercirikan sebuah van yang mampu memuatkan 12 tempat duduk dan dilengkapi dengan tali pinggang keledar di setiap tempat duduk kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Program ini adalah satu program kemasyarakatan yang dijalankan hasil kerjasama antara Majlis Keselamatan Jalan Raya, Ahli Parlimen kawasan Pandan, Road Safety Marshall Club, Edaran Tan Chong Motor Holding Berhad dan Jawatankuasa sekolah kawasan Pandan.

Pendekatan yang diambil dari program kemasyarakatan ini adalah bagi membantu kanak-kanak sekolah dari 20 buah sekolah di kawasan pandan yang datangnya dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Selain itu juga, bas komuniti ini turut berfungsi sebagai bas serbaguna kepada penduduk-penduduk kawasan tersebut yang mempunyai masalah pengangkutan untuk pergi ke destinasi tertentu bagi tujuan kemasyarakatan.

 

Diantara mekanisme yang akan digunakan bagi mengenalpasti murid-murid sekolah yang akan mendapat faedah ini adalah:-

  • Keluarga yang tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan menggunakan kereta.(kanak-kanak terpaksa berjalan kaki ke sekolah)
  • murid-murid yang membonceng motosikal ke sekolah tanpa lesen
  • Keluarga yang mempunyai anak-anak yang ramai dan terpaksa menghantar anak-anak ke sekolah dengan motosikal. (ibu bapa yang biasa membawa dua anak menaiki motosikal dalam satu masa) dan
  • Perjalanan ke sekolah berjarak jauh, sibuk dan bahaya dari kediaman mereka.

Program ini dijangka akan bermula serta merta dan akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Road Safety Marshall Club (RSMC).

Dengan wujudnya program seperti ini, pihak kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan dari mana-mana badan korporat untuk tampil memberikan sumbangan bagi tujuan kemasyarakatan. Dengan adanya lebih banyak sumbangan dihulurkan, program ini bakal diluaskan ke kawasan lain.

Semoga program ini mendapat sambutan dari pelbagai pihak khususnya badan korporat. Dengan wujudnya program seperti ini, ia mampu memastikan keselamatan kanak-kanak untuk ke sekolah berbanding dengan mereka hanya berjalan kaki atau menaiki motosikal. Pihak kerajaan berasa yakin bahawa program ini mampu memupuk kanak-kanak dan ibu bapa untuk mempelajari erti keselamatan  dalam diri mereka terutamanya di jalan raya. Semoga program ini mendapat maklumbalas yang positif dan berkesan kepada semua pihak.

’ ONE COMMUNITY, ONE NATION’

‘ANDA MAMPU MENGUBAHNYA’

 

 23 Januari 2010

www.jkjr.gov.my/www.panducermat.org.my

Viagra Pills | Levitra | Cialis | Viagra Online | Tramadol | viagra online