17 lagi maut hari keempat

KUALA LUMPUR: Tujuh belas lagi maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara pada hari keempat Ops Sikap XIII, kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak operasi itu dimulakan Ahad lalu, meningkat kepada 66 orang.

Penunggang motosikal terus menjadi mangsa korban paling ramai dengan enam kes, pemandu kereta (empat), penumpang kereta (dua), pejalan kaki (tiga) dan satu penumpang lori dan pembonceng motosikal dalam 1,186 kemalangan yang berlaku dalam tempoh 24 jam kelmarin.

Sebanyak 1,186 kemalangan direkodkan, dengan jalan persekutuan menjadi laluan maut tertinggi iaitu sebanyak tujuh kes diikuti jalan negeri (empat), lebuh raya (tiga), jalan bandaran (dua) dan lain-lain jalan (satu).

 

Statistik menunjukkan 518 kemalangan berlaku di jalan bandaran, jalan persekutuan (294), jalan negeri (197), lebuh raya (121) dan lain-lain jalan (56).

Polis turut mengeluarkan 10,809 saman kepada pesalah trafik membabitkan pelbagai kesalahan, menjadikan jumlah keseluruhan 42,245 saman dalam tempoh empat hari.

Author: josh

Share This Post On